Home > Inspirational > Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru!

Hari ini Hari Guru!  Pensyarah pun masuk kategori guru juga.  Terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh anak-anak murid saya.

Sebenarnya dah banyak kali saya terfikir untuk berhenti kerja, kerana rimas dengan kerenah birokrasi, tetapi cinta saya adalah pada mengajar.. maka saya masih di sini, menabur jasa kepada anak bangsa.

Pada bulan Januari lepas, saya berjumpa dengan kawan-kawan lama, kebanyakan mereka dan berhenti kerja atau pencen awal.   Seronoknya dengar cerita kawan-kawan dah tak perlu kerja – dok rumah, goyang kaki, jadi driver anak, dan ada yang dah bercucu.   Saya?

Masih lagi dengan rutin seharian yang tak pernah ada hujungnya, maka saya pun mengadu kepada Guru saya, En. Shafie Mehad (yang masih lagi mengajar sehingga kini) yang saya jeles betul dengan kawan-kawan yang dah jadi ‘lady of Leisure’.  Apa jawapan En. Shafie kepada saya?  “You sedang membina network, dan bayangkan ganjaran yang akan Allah berikan”.  MasyaAllah, indahnya kata beliau, saya tidak pernah terbayang rahmat Allah sebegitu.

Terima kasih kepada guru-guru saya, dan kepada anak murid yang masih mengingati dan mengamalkan sedikit ilmu yang disampaikan.

InsyaAllah, barakah Allah kepada semua guru yang sedia menabur bakti, tanpa mengira kepentingan diri.

Categories: Inspirational
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment